Tuesday, 10 December 2013

Apa perlu dibuat apabila kereta ditenggelami banjir?

Apa perlu dibuat apabila kereta ditenggelami banjir?

KUALA LUMPUR:  Selepas banjir surut, lazimnya banyak kerosakan yang akan berlaku dan salah satunya adalah kereta.

Seorang pemilik bengkel kereta, Mohd Roslan Dol dari Kuantan Pahang yang hampir 20 tahun berpengalaman dalam membaiki kenderaan menasihati agar jangan sekali-kali dihidupkan kenderaan tersebut.

Ini kerana katanya, ia bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk lagi.

Perkara lain yang perlu periksa adalah minyak gear kerana perlu dipastikan minyak gear tersebut tidak bercampur dengan air.

Walaubagaimanapun adalah menjadi satu amalan yang baik jika minyak gear dan minyak enjin diganti sahaja bagi memastikan kelancaran enjin kenderaan.

No comments:

Post a Comment