Tuesday 10 December 2013

Rusuhan Little India: 24 warga India didakwa atas tuduhan merusuh

Rusuhan Little India: 24 warga India didakwa atas tuduhan merusuh

KUALA LUMPUR:  Dua puluh empat warga India yang ditahan kerana terlibat dalam kekacauan di Little India pada Ahad malam hari ini didakwa di mahkamah atas tuduhan merusuh.

Jika sabit tuduhan, mereka boleh dihukum penjara tujuh tahun dan dikenakan hukuman sebat.

Hakim Soh Tze Lin menetapkan kes itu untuk sebutan semula pada 17 Disember ini dan mengarahkan semua tertuduh ditahan reman bagi siasatan lanjut.

Hakim itu juga membenarkan peguam Amarick Gill dari khidmat bantuan guaman Persatuan Undang-Undang Singapura untuk memaklumkan kepada semua tertuduh bahawa ia sedang berusaha mendapatkan peguam untuk mereka melalui khidmat bantuan guaman jenayahnya.

Pihak pendakwaraya juga memberitahu mahkamah bahawa Suruhanjaya Tinggi India telah memaklumkan kepada tertuduh mengenai urusan peguam yang akan mewakili mereka.

Polis dalam kenyataan sebelum ini memberitahu empat lelaki yang ditahan pada malam kejadian telah dibebaskan kerana siasatan mendapati mereka tidak terlibat.

Mereka terdiri daripada seorang warga Malaysia yang merupakan pemastautin tetap Singapura, seorang warga India dan dua warga Bangladesh.

ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment