Monday, 9 December 2013

Amazon kaji kaedah drone untuk menghantar barangan - penghantaran 30 minit

Amazon kaji kaedah drone untuk menghantar barangan

KUALA LUMPUR: Amazon kini mengkaji cara untuk menghantar pesanan kepada pengguna dalam masa 30 minit.

Syarikat perniagaan atas talian ini meninjau untuk menggunakan alat terbang tanpa pemandu atau drone.

Menurut Amazon, projek drone Prime Air dijangka akan mengambil masa beberapa tahun untuk dilancarkan dan kebenaran daripada pentadbiran penerbangan persekutuan.

Berbeza daripada drone tentera, drone Amazon tidak akan memerlukan kawalan manusia.

Ia akan menerima koordinat GPS dan terbang secara automatik kepada lokasi.

Namun pengguna memberikan reaksi bercampur. Menurut Brian Lee, “Saya merasakan ia adalah idea yang unik dan segar tetapi akan berdepan banyak masalah seperti kemalangan yang melibatkan drone. Nampaknya seperti segala perkara akan dilakukan secara automatic dan pada masa akan datang kita tidak lagi menggunakan tenaga manusia.”

“Ia sesuatu yang tidak masuk akal. Apakah yang akan berlaku sekiranya terdapat helikopter yang terbang pada waktu yang sama dan terbang di atas sebuah lapangan terbang?” ulas Katarina Peturson.

Syarikat penghantaran global Fedex memberikan reaksi positif kepada usaha Amazon.

Pengarah urusan, operasi global Fedex, Paul Tronsor berkata, “Fedex sememangnya dikenali menerusi inovasi penghantaran barang. Pelbagai teknologi telah digunakan sejak 10 tahun yang lalu dan ia bukan sesuatu yang mustahil. Kami menyokong inovasi yang dilakukan oleh Amazon dalam bidang tersebut. Ia satu konsep yang menarik.”

Ketika ini tiada larangan untuk penerbangan drone rekreasi namun FAA menyatakan ia tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial.


Astro Awani

No comments:

Post a Comment