Wednesday 20 November 2013

Mayat mereput jurugambar ditemui di kediamannya

Mayat mereput jurugambar ditemui di kediamannya

PETALING JAYA:  Misteri bau busuk yang menghantui penduduk terjawab apabila polis menemui mayat seorang lelaki yang telah berulat selepas memecah masuk sebuah rumah teres setingkat di Seksyen 17 Petaling Jaya malam tadi.

Polis sebelum itu mendapat panggilan dari jiran mangsa kira-kira jam 8 malam setelah curiga dengan bau busuk yang dihidu sejak 2 hari lepas.

Pemeriksaan polis mendapati mangsa ditemui di ruang tamu dengan keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian.

Mangsa yang dikenali dengan nama samaran Danny berusia 52 tahun dan bekerja jurugambar sambilan dikatakan tinggal seorang diri.

Siasatan awal polis tidak menemui sebarang tanda-tanda kecederaan berikutan keadaan mayat yang mereput dan mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 3 hari.

Mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment