Wednesday 20 November 2013

Bukan disorok makhluk halus

Bukan disorok makhluk halus
Mohamad Izzat cium tangan ibunya tanda minta maaf.


JOHOR BAHRU - Polis menemui remaja yang dikatakan hilang di Villa Nabila, Mohammad Izzat Izzudin Hussin di rumah rakan wanitanya di Flat Desa Mutiara, di sini, lewat malam, kelmarin.

Justeru, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff menasihati orang ramai berhenti menyebar maklumat berkaitan kehilangan remaja itu yang didakwa ghaib di rumah tinggal yang usang itu.

“Polis menubuhkan pasukan khas dan dia dijumpai bersama teman wanitanya yang seusia dengannya.

“Dia tidak hilang atau disorok (makhluk halus) seperti disebarkan individu tidak bertanggungjawab melalui laman sosial, hingga mencetus kekecohan di seluruh negara,” katanya.

Beliau turut menyangkal pelbagai versi cerita mengenai rumah yang turut mengheret kehilangan sekumpulan remaja lain seperti digembar-gemburkan dalam laman sosial.

“Saya menafikan dakwaan terdapat 22 remaja yang hilang kononnya disorok makhluk halus selepas memasuki rumah itu,

Beliau juga memberitahu, banglo tersebut tidak boleh disita kerana ia hak milik persendirian.

“Tindakan kepada penyebar fitnah berkenaan diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan siapakah individu yang tidak bertanggungjawab menimbulkan cerita tidak betul itu,” katanya.

Difahamkan, Mohammad Izzat terlupa memberitahu ibunya bahawa dia menginap di rumah rakannya selepas keluar bersama teman-temannya pada malam Sabtu lalu.


Tiada insiden histeria

Kisah kehilangan Mohamad Izzat Izzudin di Villa Nabila menjadi ‘viral’ apabila banglo usang yang ditinggalkan sejak 40 tahun lalu mendapat perhatian ramai.

Villa yang turut tersenarai sebagai 10 lokasi seram di negara ini itu dikecohkan lagi dengan dakwaan kehilangan 30 remaja lain, Ahad lalu.

Mohamad Izzat mengakui mengunjungi banglo tinggal itu sekadar suka-suka dan telah tiga kali ke situ.

Jelasnya, beliau dan 29 rakan lain hanya berada di situ selama 15 minit sebelum keluar dari kawasan terbabit melalui jalan belakang.

“Tiada sebarang kejadian aneh ataupun histeria berlaku di rumah itu, malah sebaik keluar dari kawasan rumah itu bersama kesemua rakan, saya sempat makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran sebelum ke sebuah masjid untuk tidur dan


bersembahyang Subuh.

“Kami kemudiannya berjalan ke Dataran Bandar Raya Johor Bahru dan pusat bandar sebelum berpecah dan saya pergi ke rumah rakan di Taman Desa Mutiara berkenaan kira-kira jam 12 tengahari Ahad,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, di sini.

Dia hanya mengetahui berita ‘kehilangannya’ itu sebaik dikejutkan dari tidur di rumah rakannya itu pada jam 12 malam semalam bahawa polis mencarinya.

“Saya pelik mengatakan diri saya hilang dari villa berkenaan kerana kami semua selamat sebelum berpecah ke haluan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, ibu Mohamad Izzat, Norhayati Mohamad, 39, bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang membantu menjejak anaknya.

“Sebagai ibu, sudah tentu saya risau keselamatan anak saya dan sebab itu saya berusaha mencarinya di villa tersebut termasuk dengan bantuan polis dan pengamal perubatan tradisional.

“Pada mulanya detik hati saya seakan tidak mahu percaya Izzat terperangkap di villa itu, namun hasil tanya rakan-rakannya saya akur. Saya ikhtiar mengikut apa yang disarankan dan saya percaya semua ibu akan melakukan apa yang saya lakukan,”


Sinar Harian

No comments:

Post a Comment