Sunday 10 November 2013

Mangsa lemas Sungai Kuala Belawai Sarawak ditemui

KUCHING - Mayat Abdul Rahman Sabri, 41, yang dilapor hilang bersama adiknya selepas terjatuh daripada perahu yang mereka naiki bersama seorang lagi saudara di Sungai Kuala Belawai, Sarikei, Jumaat lepas, ditemui semalam.

Mayat Abdul Rahman ditemui oleh penduduk kampung tidak jauh daripada kawasan mereka dilapor terjatuh.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata oeprasi mencari dan menyelamat seorang lagi yang dilapor hilang, Zainon Sabri, diteruskan.

Abdul Rahman dan Zainon dilapor hilang apabila perahu yang mereka naiki bersama seorang lagi saudara mereka yang hanya dikenali sebagai Daimah, 40, dipukul arus kuat akibat hujan lebat.

Ketika kejadian ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang selepas melihat hasil tanaman mereka di Semalau.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan bomba dan penyelamat, polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dengan dibantu penduduk kampung.

Daimah yang terselamat dalam kejadian itu segera mendayung perahu pulang ke rumah mereka yang terletak di seberang sungai bagi mendapatkan bantuan orang kampung.

BERNAMA

No comments:

Post a Comment