Sunday 10 November 2013

Ahmad Busu meninggal dunia di Hospital Klang

Ahmad Busu meninggal dunia di Hospital Klang

KUALA LUMPUR:  Pelakon dan pelawak veteran, Ahmad Busu, dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Klang.

Allahyarham dikenali dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu memulakan kerjaya seni menerusi pementasan teater pada tahun 1978.

Berita kematian beliau tersebar twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.


Sebelum itu, PAS Selangor turut memaklumkan berita pemergian pelakon komedi veteran ini.



Di dalam budaya pop Malaysia sendiri Allahyarham adalah individu yang mempopularkan frasa "Mengancam!" yang cukup popular di era 1990an hingga kini bagi menggambarkan kecantikan.

Astro Awani

No comments:

Post a Comment