Sunday 10 November 2013

Khairy menang anugerah Shout! Award

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin


KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam berjaya melakar sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya berjaya memenangi anugerah pada majlis Shout! Awards bagi kategori Wired Celebrity yang berlangsung di Stadium Nasional Putra Bukit Jalil malam tadi.

Menurut Khairy yang juga merupakan ahli parlimen Rembau, beliau ternyata bersyukur dengan kemenangan yang tidak diduga itu serta mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundinya menerusi laman rasmi Shout! Awards tahun ini.

"Sejujurnya saya tidak menyangka memenangi kategori ini memandangkan ini merupakan pencalonan pertama saya. Terima kasih atas sokongan dan undian penyokong," katanya dipetik Kosmo hari ini.

Kategori Wired Celebrity diberikan kepada personaliti yang aktif dan mampu memberi pengaruh kepada pengikutnya melalui pelbagai media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Menerusi acara tahunan kali kekempat itu, Khairy berjaya mengalahkan Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofia Jane, Yuna dan Fatimah Abu Bakar dalam kategori tersebut.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment