Thursday 7 November 2013

Bayi malang yang terhumban dari kereta kritikal

Bayi malang kritikal

KUALA TERENGGANU:  Susulan kes sepasang suami isteri bersama anak lelaki berusia sembilan bulan dilarikan penjenayah ketika berhenti rehat di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ajil, Hulu Terengganu.

Bayi berkenaan yang terhumban dari kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 88 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Ladang Gajah Mati, kini berada di dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustafa yang menziarahi bayi berkenaan di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah berkata pihaknya masih menunggu perkembangan lanjut keadaan bayi malang itu.

Sementara itu bapa bayi malang berkenaan, Pirhat Karim berkata beliau cuba memujuk penjenayah terbabit  sehingga berlaku pergelutan mengakibatkan kemalangan berhampiran Ladang Gajah Mati.

Beliau  menyifatkan pengalaman  itu sebagai sesuatu yang mencemaskan dan berdoa agar anaknya segera pulih.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Isnin, penjenayah berusia 17 tahun melarikan kenderaan bersama mangsa ke arah Kuantan, sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dan kereta.

Penjenayah kemudian melarikan  sebuah Perodua MyVi yang ingin membantu serta melarikan tiga penumpang dalam kenderaan terbabit.

Kereta peronda polis dari Balai Polis Kuala Terengganu dan Batu Rakit kemudian berjaya menahan suspek di hadapan Masjid Al-Salam, Batu Rakit, Kuala Terengganu kira-kira jam 6.45 petang.

Suspek kini ditahan di ibu pejabat polis daerah Dungun untuk siasatan lanjut.

ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment