Monday, 21 October 2013

Tragedi kebakaran di Australia

PM Australia dukacita dengan tragedi kebakaran


NEW SOUTH WALES:  Jurucakap pihak bomba melaporkan jumlah kebakaran di New South Wales telah menurun daripada lebih 100 kepada 94 dengan keluasan kebakaran mencecah 97 ribu hektar.

Bagaimanapun jumlah kemusnahan termasuk rumah dan harta benda dijangka meningkat.

Setakat ini 81 buah rumah musnah dan 37 lagi rosak teruk. Manakala seorang disahkan terkorban.

Jalan-jalan utama dan sekolah di kawasan terjejas teruk diarah tutup sementara pihak penyelamat menggiatkan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang masih hidup.

Sementara itu Perdana Menteri Tony Abbot yang melawat kawasan kejadian di barat Sydney melahirkan rasa dukacitanya dengan kejadian yang berlaku itu.

Angin kuat dan cuaca panas dijangka berlaku hujung minggu ini, yang bakal menyukarkan kerja-kerja mengawal dan memadam kebakaran.

Pihak berkuasa juga masih tidak dapat menganggarkan jumlah sebenar kediaman yang musnah.

Kebakaran belukar adalah sesuatu yang lazim di Australia ketika musim panas.

Pada 2009, kebakaran yang sama turut menyebabkan 173 nyawa terkorban sehingga 2,000 rumah terbakar di Bandar Victoria.

Sumber: ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment