Monday 21 October 2013

Adakah ini Frankenstein moden?

FrankensteinWajah Frank yang menyerupai Meyer turut dihasilkan daripada silikon.


ROBOT bionik setinggi dua meter ini diilhamkan dari novel Mary Shelley berjudul Frankenstein yang diterbitkan pada 1818.

Ini kerana, ciptaan digelar Frank iaitu singkatan daripada Frankenstein yang direka oleh Dr Bertolt Meyer bersama sekumpulan saintis dari Universiti Zurich itu turut dilengkapi sistem peredaran darah, anggota tubuh dan jantung seperti dipaparkan dalam novel tersebut.

Menurut Meyer, penghasilan Frank tidak bertujuan 'menggantikan' manusia tetapi matlamat sebenarnya adalah untuk menyediakan teknologi bagi membantu mana-mana individu yang mengalami kecederaan patah tulang atau sebagainya.

"Frank dilengkapi 200 pemproses, 70 papan litar dan 26 motor. Kulit robot ini turut mempunyai lebih sejuta sensor yang boleh mengesan sentuhan dan perubahan suhu," jelasnya yang dipetik DailyMail 

Difahamkan, sebanyak 28 anggota tiruan dan implan organ sintetik yang diperoleh dari makmal serta pusat penyelidikan di seluruh dunia telah digunakan untuk melengkapkan ciptaan tersebut.

Frank adalah salah sebuah robot yang ditunjukkan kepada umum di pameran The Incredible Bionic Man di Muzium Smithasonian di Washington.

No comments:

Post a Comment