Monday 2 September 2013

Tentera mangsa tembak disahkan ketua kongsi gelap 36



IPOH:  Polis Perak mengesahkan bekas anggota tentera yang mati ditembak di hadapan sebuah restoran di Taman Rishah, Silibin, semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap 36 di Batu Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditembak akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap di kawasan berkenaan iaitu 36, 04 dan 08 .

Pergaduhan juga dipercayai berpunca perebutan kawasan pengedaran dadah.

Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, mangsa S.Jambu Keshan, 39, maut ditembak tiga das tembakan pada jarak dekat.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment