Monday 2 September 2013

Juvana dipenjara tiga tahun kes rogol di New Delhi

Juvana dipenjara tiga tahun kes rogol di New Delhi

INDIA:  Salah seorang tertuduh kes rogol berkumpulan di New Delhi tahun lalu, juvana berusia 17 tahun didapati bersalah dan dihukum penjara 3 tahun.

Hakim mengarahkan pesalah juvana itu menjalani hukuman di pusat pemulihan.

Sebelum ini, tertuduh menafikan terlibat dalam jenayah yang dilakukan bersama-sama empat tertuduh dewasa yang lain.

Perbicaraan kes  itu mendapat tumpuan, kerana melibatkan kepentingan awam, khususnya debat berhubung isu keselamatan wanita di India.

Mangsa, pelajar perubatan berusia 23 tahun meninggal dunia dua minggu selepas insiden berkenaan.

Sementara itu, keluarga mangsa tidak berpuas hati dengan hukuman terbabit.

Hukuman ringan yang dikenakan turut mencetus protes orang ramai di luar perkarangan mahkamah.

Mereka menyifatkan hukuman terbabit tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan. -- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment