Tuesday 17 September 2013

SPRM siasat bekas setiausaha politik berpangkat Datuk, 10 kereta mewah dirampas

SPRM siasat bekas setiausaha politik berpangkat Datuk, 10 kereta mewah dirampas

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan sedang menyiasat seorang bekas setiausaha politik berpangkat Datuk serta merampas 10 kenderaan mewah miliknya berhubung kes penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam).

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan rampasan kenderaan-kenderaan tersebut yang terdiri dari Toyota Alphard, Volkswagen Golf GTI, Vellfire, Toyota Camry dan lain-lain lagi yang berada di Kompleks D, Putrajaya.

“Saya mengesahkan bahawa kenderaan-kenderaan tersebut dirampas untuk tujuan siasatan,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.

Ahad lalu, bekas setiausaha politik itu hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM berhubung siasatan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam).

Dia bagaimanapun dibebaskan setelah keterangannya diambil.

Program 1Azam yang dilancarkan kerajaan  tahun ini memperuntukkan RM100 juta dan usaha merangkumi beberapa bidang termasuk pertanian, keusahawanan, kerja tangan, latihan kemahiran dan bidang lain yang menjurus kepada peningkatan ekonomi penduduk luar bandar.

- ASTRO Awani  

No comments:

Post a Comment