Tuesday 17 September 2013

13 mati ditembak di Washington

Insiden tembakan di kompleks tentera laut di Washington membunuh 13 orang termasuk penyerang.

Pihak berkuasa mengenal pasti identiti penyerang sebagai Aaron Alexis, berusia 34 tahun berasal dari Texas yang memiliki rekod jenayah. Suspek memasuki kompleks berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu.

Alexis adalah bekas pekerja di kompleks berkenaan dan pihak berkuasa mengandaikan serangan itu ada kaitan dengan masalah kerja tetapi siasatan tetap dibuat dari pelbagai aspek termasuk keganasan.

Ketua polis washington DC, Cathy Lanier berkata, susulan serangan itu, kawalan keselamatan Capitol dan White House diperketat.

Polis masih memburu dua lagi suspek yang memakai pakaian seragam ala tentera.

Pihak berkuasa yakin serangan tidak dilancarkan secara berseorangan selepas mendengar keterangan saksi.

Salah seorang saksi memberitahu, penyerang menembak ke arah kafetaria manakala seorang lagi menembak ke arah orang ramai di salah satu tingkat lain.

Serangan itu menyebabkan pekerja di kompleks tentera laut lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri. Pusat kawalan sistem tentera laut itu mempunyai tiga ribu pekerja dengan majoritinya adalah orang awam.

Dalam pada itu, president Barack Obama mahu pihak bertanggungjawab menyerang kompleks tentera laut dibawa ke muka pengadilan.

Obama menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengecut serta menyampaikan ucapan takziah kepada semua yang terkesan kerana serangan itu.


Sumber: ASTRO Awani

No comments:

Post a Comment