Tuesday 17 September 2013

Anak-Anak Seakan Satukan Jodoh Nora Danish dan Nadeem

















Meskipun sudah jelas lagi nyata di laman sosial Instagram milik Nora Danish menunjukkan dia dan Nadeem Datuk Seri Ahmad Nazri seakan sedang hangat bercinta.
Namun aktres itu tetap tidak mahu menyifatkan hubungan mereka itu  pasangan berkasih terutama sekali kepada pihak umum. Sebaliknya Nora Danish memberitahu, dia dan Nadeem kini hanya berkawan rapat setelah 7 tahun kedua-dua belah pihak keluarga menjalinkan hubungan yang baik.
"Saya tak salahkan peminat jika mereka mengatakan kami bercinta selepas melihat gambar kami di dalam Instagram. Asalkan ianya tidak keluar dari mulut saya. Malah, buat masa sekarang saya hanya akan memberitahu kepada umum bahawa hubungan kami hanya sebagai kawan rapat.
"Saya tak suka cakap yang saya bercinta dengan sesiapa, takut nanti tak jadi nanti.Tapi bila saya sudah benar-benar buat keputusan untuk berkahwin nanti, barulah saya akui yang saya sedang bercinta.
"Mengenai hubungan dengan Nadeem, sebenarnya kami sudah mengenali satu sama lain selama tujuh tahun. Iaitu sejak saya bujang, berkahwin sehinggalah solo balik. Jadi, saya selesa berkawan dan berkongsi masalah dengan dia," katanya kepada murai.com.my
Sementara itu, Nora memberitahu apa yang membuatkan dia begitu selesa berkawan rapat dengan Nadeem adalah kerana mereka sama-sama ibu dan bapa tunggal.
"Malah Nora akui anak-anak mereka seronok bermain dan berkawan bersama. Tidak dinafikan kami kerap berjumpa kerana rumah kami dekat. Lagipun pula dia seorang bapa tunggal dan Nora juga ibu tunggal, jadi anak-anak kami selalu main bersama.
"Walaupun anak lelakinya baru berusia setahun enam bulan, tetapi saya lihat mereka suka bermain bersama kerana Rayqal pun sukakan anak kecil. Bila begitu, jadi macam anak-anak yang temukan jodoh kami pula," katanya berseleroh sambil ketawa.
Nora bakal muncul dalam filem Lagenda Budak Hostel di pawagam seluruh Malaysia mulai 12 September ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment