Monday 30 September 2013

Insiden bumbung masjid runtuh: Forensik JKR akan segera siasat

Forensik JKR akan segera siasat

Forensik Jabatan Kerja Raya atau JKR akan segera menyiasat insiden bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang runtuh pada awal pagi Ahad selepas mendapat arahan kerajaan negeri.

Pengarah JKR Tererengganu, Datuk Shafii Mohammad berkata, reka bentuk, bahan serta kontraktor pemasangan mendapat kelulusan pihak ibu pejabat.

Katanya, kontraktor terbabit bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah memandangkan mereka diberi jaminan 10 tahun.

Beliau diminta mengulas kejadian tersebut di mana sebahagian bumbung Masjid Kampung Tebauk yang bernilai hampir RM6 juta yang siap kira-kira dua tahun lalu runtuh.

Ia kejadian ketiga selepas pada 20 Mei lalu yang menyaksikan bumbung hadapan Masjid di Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Lebih awal pada 3 Oktober 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman turut runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

- ASTRO Awani 

No comments:

Post a Comment