Monday 5 August 2013

Wan Aisyah bersatu semula dengan ibu dan ayah


Wan Aisyah bersatu semula dengan ibu dan ayah

GEORGE TOWN:  Arbaiyah Md Zin,  ibu kepada Wan Aisyah yang hadir  ke Balai Polis Sungai Nibong bersama bekas suaminya, Wan Exzan kira-kira jam 4.45 petang tadi berterima kasih kepda semua pihak yang membantu mencari anaknya.

Kedua-duanya yang bergegas mahu meninggalkan perkarangan balai enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu sebaliknya hanya menzahirkan ucapan terima kasih kerana mendapat semula anaknya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang,SAC Mazlan Kesah memaklumkan kanak-kanak itu dihantar oleh ibu kepada lelaki yang melarikannya dibalai polis Sungai Nibong jam 11 pagi tadi dalam keadaan selamat.

Mazlan berkata, polis kini sedang mengesan suspek yang dikenali sebagai Shahrizal Yusof  bagi membantu siasatan.

Tanbahnya lagi, polis pulau pinang akan berkerjasama dengan polis selangor menjejaki suspek berdasarkan maklumat yang diperolehi.

“Suspek balik dalam kul 5.20am untuk makan sahur, di mana ibunya perasan ada seorang budak. Dari situlah timbul syak dan akhirnya ibu suspek membawak anak itu ke balai polis.”

Kes disiasat dibawah seksyen 363 kanun kesiksaan.

Kanak-kanak perempuan, Wan Aisyah Wan Exzan,3 tahun yang dilaporkan hilang dan dilarikan seorang lelaki di Rawang, Selangor ditemui semula di Teluk Kumbar Pulau Pinang

Sebelum itu, Astro Awani melaporkanAdik Wan Aisyah Wan Exzan yang hilang sejak 2 Ogos kerana dipercayai diculik, telah diserahkan ke Balai Polis Sungai Nibong oleh ibu suspek pagi tadi.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.

Mazlan berkata Wan Aisyah berada dalam keadaan yang sihat.

“Kami sudah maklumkan perkara ini kepada Balai Polis Rawang. Pihak Polis di sana akan mengaturkan maklumat perjalanan ibu Wan Aisyah ke sini untuk mengambil anaknya,” katanya kepada Astro Awani.

Berita tentang kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun telah mendapat perhatian meluas di laman media sosial apabila orang ramai menggesa tindakan pantas pihak polis untuk mencarinya.

Berita kehilangan adik Wan Aisyah Wan Exzan mula disebarkan kepada umum oleh ibunya yang dikenali sebagai Cikgu Arbaiyah di Facebook, apabila beliau memuatnaikkan gambar anak beliau yang sedang didukung oleh suspek. -- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment