Monday 5 August 2013

Duda Ahli Sukan Terhangat


Zaman kecil-kecil dahulu, mudah sahaja untuk minati ahli sukan. Yalah, mereka sentiasa tampan dan pandai menjaga kesihatan.

Namun setiap kali membelek berita harian, ada sahaja kisah ahli sukan yang memilih peragawati jelita sebagai teman hidup lalu mematahkan hati kami. Walaubagaimanapun kali ini khabar sebaliknya yang timbul. Ahli sukan idaman yang kembali membujang!

Orang tua sering berkata tidak elok mengambil sesuatu yang bukan hak kita. Namun jika sudah kembali membujang, salah lagi ke?


Aidil Zafuan

Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim ini baru disahkan menceraikan isteri beliau, pelakon jelita Rita Rudaini. Terdapat banyak kritikan mengenai Aidil yang kacak ini, namun jika anda seorang yang sukakan risiko cubalah nasib. Mana tahu boleh ubah kepada yang baik.


Alex Yoong


Boleh dikatakan duda terhangat di Asia tidak lain tidak bukan pelumba kereta, Alex Yoong. Alex yang berdarah kacukan Inggeris-Cina ini masih hangat di pasaran. Jika anda dahulu pernah tergilakan beliau suatu ketika dahulu, ini merupakan masa terbaik untuk membuka langkah.


Lewis Hamilton




Baiklah biarpun Lewis belum sah nikahi Nicole Scherzinger, hakikatnya adalah beliau berstatus bujang buat masa ini. Jika anda seorang wanita berkulit tan dan berambut hitam panjang persis Nicole, mengapa tidak mencuba nasib? Mana tahu boleh menjadi Mrs Hamilton.


Dwyane Wade



Bagi peminat sukan bola keranjang, nama Dwyane Wade tidak asing lagi. Beliau merupakan jejaka yang bertanggungjawab memberi kemenangan kepada pasukan Miami Heat. Tahukah anda, si Dwyane ini sebenarnya duda beranak dua? Jika sukakan lelaki yang pandai menjaga anak, Dwyane merupakan pilihan tepat.


Kimi Raikkonen

Desas-desus hebat mengatakan si tampan Kimi sudah menceraikan isteri beliau, ratu cantik Jenni Dahlman. Sekiranya benar, ini merupakan khabar gembira bagi sesiapa yang minat lelaki berkulit putih.


Source

No comments:

Post a Comment