Monday 5 August 2013

Mengancam macam Neelofa lebaran ini!



Bukan mudah mengawal perasaan cemburu setiap kali melihat Neelofa. Mana tidaknya, orangnya cukup jelita dan lembut, sehingga menjadi idaman jejaka Malaya.

Namun apabila difikirkan semula, tidak guna cemburu membuta. Alangkah lebih baik jika kita contohi tip kecantikan Neelofa itu?

Tidak mustahil untuk kelihatan sama cantik seperti Neelofa, terutamanya pada pagi lebaran yang mulia ini. Mahu tahu lebih lanjut, teruskan membaca!

Gaya Baju Raya Ala Neelofa
Neelofa miliki bentuk badan yang ramping, jadi apabila memilih pakaian tradisional semestinya baju kurung moden menjadi pilihan beliau kerana baju kurung moden pasti terletak cantik pada tubuh badan beliau itu.
Apabila mencari pakaian sempena menyambut lebaran ini, pastikan pakaian yang dipilih sesuai dengan tubuh badan anda. Neelofa juga gemarkan warna terang yang menambahkan seri pada kulit putih melepak beliau. Pilihlah baju raya dengan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda.


Kulit Cantik Berseri


Ramai berkata si Neelofa ini harapkan mekap semata-mata untuk kelihatan cantik. Betul atau tidak, terpulanglah. Namun satu yang pasti, Neelofa miliki kulit yang cantik. Biarpun tinggal lagi 2 hari sehingga Syawal, masih lagi ada masa untuk mendapatkan kulit licin dan gebu
Neelofa mengamalkan penggunaan scrub dan topeng wajah sekurangnya 2-3 kali seminggu serta supplement antipenuaan. Selain itu, beliau juga amalkan penggunaan losyen badan setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur.
Bagi solekan di pagi Syawal pula, Neelofa seorang yang gemar menonjolkan mata beliau. Jadi rajin-rajinlah belajar menggariskan mata dengan pensil mata bagi menyerlahkan lagi mata bundar anda itu!

Gaya Rambut Macam Neelofa

Neelofa gemar gaya rambut dilepaskan ikal mayang atau kadang kala disanggulkan. Jika berbaju kurung, lebih cantik jika rambut disanggulkan, tampak kemas. Jika berbaju modern atau kebaya, biarkan sahaja rambut mengurai.


Atiqa Juana, MyLaunchPad
http://www.mylaunchpad.com.my/default.aspx?ms=1

No comments:

Post a Comment