Tuesday 6 August 2013

Vanessa Hudgens suka cium perempuan!




Si genit seksi ini berjaya mengejutkan teman-teman dan peminat beliau apabila mengakui lebih rela bercium dengan kaum sejenis bebanding dengan seorang lelaki!
Vanessa Hudgens, jelitawan kacukan berusia 24 tahun ini mengakui perkara tersebut kepada teman baik beliau, pelakon Ashley Tisdale dalam suatu segmen baru E!Interview bertajuk  Vanessa And Ashley: Inner Circle.
Ashley telah mengajukan soalan cepumas tersebut dengan bertanyakan pengalaman Vanessa bercium dengan pelakon James Franco dalam suatu adegan filem. Vanessa pantas menjawab bahawa beliau lebih rela bercium dengan perempuan.
Perkara tersebut dianggap memeranjatkan memandangkan Vanessa seorang yang bersikap terbuka mengenai seksualiti beliau, dengan skandal penyebaran gambar bogel beliau kepada bekas teman lelaki, Zac Efron serta penampilan diri beliau sendiri yang cukup menggoda. Vanessa juga sering dilihat berkepit dengan teman lelaki beliau, Austin Butler, dan selesa dengan pendedahan PDA melampau. Jadi dimana ruang untuk beliau lebih sukakan perempuan?
Kedua orang teman baik yang berkenalan semasa berlakon dalam filem High School Musical ini berkongsi pelbagai cerita sensasi dalam segmen terbaru E!


Source: MyLaunchpad




No comments:

Post a Comment