Tuesday 6 August 2013

MP Bukit Katil didakwa berhubung Blackout 505


Ahli Parlimen Bukit Katil didakwa berhubung Blackout 505

KUALA LUMPUR:  Anggota Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan dua lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini berhubung perhimpunan 'Blackout 505' pada Jun lalu.

Shamsul Iskandar, 39, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, 36, dan naib ketua Mohd Nazree Mohd Yunus, 29, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Mereka didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya di sini antara 12 tengah hari dan 1.15 tengah hari pada 22 Jun.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan masing-masing dibebaskan dengan bon jaminan RM2,000 tanpa cagaran dan menetapkan 23 Sept untuk pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Aini manakala  Shamsul Iskandar diwakili peguam Yusmadi Yusoff manakala Khairul Anuar dan Mohd Nazree diwakili peguam A. Jeyaseelen. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment