Saturday 24 August 2013

Ramai lagi pemain bola sepak tempatan ambil dadah

Ramai lagi pemain bola sepak tempatan ambil dadah

KUALA LUMPUR:  Bekas pemain Kuala Lumpur, Stanley Bernard mendedahkan ramai lagi pemain bola sepak tempatan terlibat dengan pengunaan bahan terlarang.

Menurutnya, isu tersebut bukan sesuatu yang baru tetapi sudah berleluasa dalam bola sepak tanahair, ketika ini.

Stanley berkata mereka yang mengambil bahan terlarang itu dilakukan secara sedar dan tidak sedar bertujuan mendapatkan tenaga yang luar biasa untuk beraksi dalam sesuatu perlawanan.

"Kemungkinan besar ia adalah makanan tambahan yang mendorong kepada penambahan tenaga. Kesannya, pemain akan lebih cergas ketika beraksi" katanya ketika ditemui Astro Awani.

Stanley yang juga bekas pemain kebangsaan turut berasakan ia berlaku kerana pengetahuan dan kesedaran dikalangan pemain tempatan mengenai pengambilan bahan tersebut masih di tahap yang rendah.

"Daripada pengalaman saya, kebanyakan pemain di Malaysia tidak tahu makanan tambahan apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan." tambahnya lagi.

Arena bola sepak negara digemparkan apabila seorang pemain Kelantan dipercayai gagal ujian doping yang dilakukan secara rambang selepas aksi final Piala FA, Jun lalu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM, Datuk Taufek Abd Razak, Rabu lalu.

Kesalahan yang dilakukan pemain itu amat berat dan mungkin boleh digantung seumur hidup daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak.


- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment