Saturday 24 August 2013

Penangkapan pendatang izin tanpa permit kerja bermula September 2013

Penangkapan pendatang izin tanpa permit kerja bermula September

IPOH:  Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia serta lain-lain agensi penguatkuasaan akan mengadakan permulaan gerakan besar-besaran  untuk melakukan penangkapan terhadap  pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai permit kerja  bermula 1 september ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah ini diambil  bagi memastikan pekerja-pekerja  asing mematuhi seratus peratus peraturan pengambilan dan mematuhi sistem perundangan negara ini.

“Kita lakukan perkara ini sebagaimana yang telah saya umumkan sebulan yang lalu kerana kita tidak mahu pihak majikan menggaji pekerja-pekerja asing yang tidak ada permit ditempat kerja
masing-masing,” kata beliau.

Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkatademikian kepada pemberita di Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri  ditapak Wisma Umno Bagan Datoh Baru, Persint 4, Sungai Sumun, Bagan Datoh pada Jumaat.

Beliau juga memberitahu,  satu kaedah baru iaitu memberikan kad khas kepada  pekerja-pekerja asing berdasarkan sektor dengan warna yang berbeza.

Katanya, kad ini adalah merupakan kad yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigrsen  Malaysia dan juga syarikat-syarikat yang telah diberikan tanggungjawab  oleh kerajaan-kerajaan yang telah mengadakan perjanjian melalui MoU dengan kerajaan Malaysia seperti Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan beberapa negara lain. -- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment