Saturday 24 August 2013

Kanye West dan Kim Kardashian dedah wajah anak

Pasangan sensasi penyanyi Kenya West dan bintang realiti, Kim Kardashian akhirnya mendedahkan wajah anak perempuan mereka, North West semalam.

a

Kenya telah membuat pendedahan eksklusif itu di dalam rancangan temubual yang dihoskan oleh ibu Kim iaitu Kris Jenner Show.


"Saya berdoa agar dia kelihatan seperti ibunya," kata Kanye ketika menjadi tetamu jemputan untuk siri terakhir rancangan temubual itu.

Bagi Kris, North mempunyai mata Kim, pipi Kanye, dan bibir adalah gabungan antara kedua-dua mereka.

Sementara itu pada masa yang sama,. Kim turut memuatnaik gambar North di akaun rasmi Instagram dan Twitter miliknya.


Anak perempuan mereka telah dilahirkan pada 16 Jun lalu di pusat perubatan Cedars-Sinai Medical Center di  Beverly Hills.


Kanye West dedah wajah anak
Kim Kardashian dan Kenya West


No comments:

Post a Comment