Saturday 24 August 2013

Amerika Syarikat mahu turunkan cukai tembakau di Asia

Amerika Syarikat mahu turunkan cukai tembakau di Asia

WASHINGTON:  Sekiranya wakil Amerika Syarikat yang sedang merundingkan perjanjian perniagaan secara sulit ini berjaya, tidak lama lagi cukai ke atas tembakau di negara-negara Asia yang miskin akan diturunkan dengan banyaknya dan negara-negara itu akan berdepan dengan kesukaran untuk melindungi rakyatnya menghadapi harga rokok yang lebih murah.

Selama beberapa dekad, Amerika Syarikat bersungguh-sungguh menentang penggunaan tembakau. Kempen iklan anti tembakau, label amaran yang jelas, larangan merokok dan cukai yang tinggi telah menunjukkan kesan. Kadar merokok telah turun dan tahun ini mencecah kadar paling rendah iaitu 18 peratus di kalangan mereka yang berumur 18 tahun ke atas di negara itu.

Amerika Syarikat sekarang ini sedang berusaha membantu syarikat tembakau mencari perokok baru di luar negara dengan membenarkan akses yang lebih mudah ke atas negara-negara membangun di Asia. Caranya ialah melalui perjanjian perdagangan menyeluruh yang pada asalnya meningkatkan keupayaan negara-negara berkenaan untuk melindungi rakyatnya daripada tembakau tetapi sekarang tidak lagi.

"Sekiranya pasaran itu berubah, kita akan lihat kadar penyakit yang luar biasa di kalangan mereka yang tidak bersedia (menghadapi perubahan itu)," kata Greg Connolly, pengarah Pusat Kawalan Tembakau Antarabangsa di Sekolah Kesihatan Awam Harvard. "Kita sebenarnya sedang berpatah balik dan menyokong punca sebenar penyakit dan menambah kemampuan (tembakau) untuk membunuh satu bilion nyawa dalam masa satu abad."

Empat pengeluar rokok terbesar dunia — Altria (sebelum ini Philip Morris), British American Tobacco, Japan Tobacco dan R.J. Reynolds — telah mencari pasaran baru untuk mengimbangi kerugian domestik sejak beberapa dekad lalu. Pada tahun 1980-an dan 1990-an, pegawai perdagangan Amerika banyak menolong dengan merundingkan langkah-langkah dua hala yang membantu membuka pasaran untuk syarikat-syarikat Amerika itu. Kadar merokok meningkat sehingga memaksa Kongres mengharamkan kakitangan agensi kerajaan Amerika menggalakkan jualan rokok. Larangan itu dikeluarkan melalui satu perintah eksekutif oleh Presiden Bil Clinton pada 2001.


Langkah itu bagaimanapun tidak jadi apa-apa kepada syarikat tembakau. Apabila sesebuah negara cuba mengambil langkah-langkah tertentu misalnya menyekat pengiklanan ke atas kanak-kanak dan mengharamkan rokok berperisa, Philip Morris dan syarikat-syarikat lain membuat aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bahawa tindakan negara berkenaan mengakibatkan diskriminasi yang tidak adil ke atas barangan import seperti yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tahun lalu.

Sebagai contoh, sekarang ini ada kes-kes aduan yang masih berjalan terhadap Uruguay dan Australia berhubung syarat yang mereka kenakan ke atas jualan rokok iaitu dijual sama ada dalam kotak yang generik atau kotak yang memaparkan label yang jelas.

Presiden George W. Bush mengukuhkan kedudukan syarikat-syarikat itu apabila enggan menyertai perjanjian antarabangsa WHO berkaitan dengan kawalan tembakau dan melobi untuk melemahkan beberapa peruntukan utama perjanjian berkenaan, sekaligus membenarkan jualan antarabangsa.

Presiden Barack Obama diharapkan membantu membendung pemasaran tembakau ke negara-negara membangun melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), satu perjanjian perdagangan bebas yang telah dirundingkan masuk tahun ketiga sekarang.

Pada Mei, Wakil Perdagangan Amerika Michael Froman menggariskan cadangan yang memperakui bahaya unik tembakau dan mewujudkan "kelonggaran" kepada negara-negara terlibat untuk mengawalnya sendiri.

Pendokong kesihatan awam termasuk wakil rakyat California, Henry Waxman daripada parti Demokrat mengalu-alukan langkah itu dan berharap ia akan diperkukuhkan lagi.

Cadangan itu bagaimanapun tidak ke mana kerana berdepan dengan kempen bantahan daripada wakil rakyat dari negeri-negeri pengeluar tembakau dan syarikat tembakau. Mereka menyokong sektor bisnes Amerika yang tidak mahu melihat adanya pengecualian kepada mana-mana produk atas alasan kesihatan kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada makanan segera.

"Mereka langsung tidak mengaku secara terbuka bahawa pendirian awal mereka telah tersilap," kata Robert Stumberg, pengarah Institut Undang-Undang Awam Harrison di Universiti Georgetown. Beliau merupakan perunding perdagangan Amerika.

"Apa yang mereka lakukan sebaliknya adalah merujuk kepada kritikan daripada industri iaitu mereka sedang membuka ruang kepada keadaan yang lebih sukar. Semua orang tahu bahawa tembakau adalah perkara utama yang perlu dikawal untuk menangani penyakit tidak berjangkit. Jika mereka boleh mempertahankan tembakau, mereka boleh mempertahankan diri sendiri."

Pada Jumaat, Froman memberi taklimat kepada Stumberg dan kumpulan beberapa orang ahli akademik dan badan bukan berasaskan keuntungan mengenai perubahan dasar yang akan mengenakan langkah-langkah baru kepada negara-negara untuk menjustifikasikan sekatan ke atas jualan tembakau dan menghapuskan "kelonggaran" daripada tindakan mahkamah.

Badan bukan kerajaan, The Campaign for Tobacco-Free Kids menyelar langkah patah balik itu: "Cadangan baru wakil perdagangan Amerika tidak mengiktiraf tembakau sebagai produk yang bahaya atau memberikan kelonggaran kepada negara-negara untuk mengawal penggunaan tembakau sepertimana yang terkandung dalam cadangan asal," kata kempen itu dalam satu kenyataan media.


Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment