Friday 30 August 2013

Pelajar bergantung kepada pil?


Pelajar dinasihat tidak bergantung kepada pil-- Dr Subra

KANGAR:  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam menasihati pelajar di negara ini agar tidak bergantung kepada pil tertentu untuk mereka pandai dan berjaya dalam peperiksaan.

Beliau berkata pencapaian dalam peperiksaan banyak bergantung kepada sejauh mana kesungguhan pelajar dalam memanfaatkan masa belajar.

"Pil itu sebenarnya hanyalah makanan tambahan," katanya semasa majlis perasmian Kompleks Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di Utan Aji yang disempurnkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di sini, Khamis.

Subramaniam mengulas mengenai laporan media mengenai kebimbangan ibu bapa terhadap pil yang dinamakan Dimensi 108 yang dikatakan boleh mengubah tingkah laku untuk menjadikan pelajar lebih taat dan rajin serta tahan penyakit.

Pil yang dipasarkan pada harga RM5 setiap satu itu dikatakan mula diedarkan awal minggu ini di beberapa negeri, kursus untuk pelajar tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bulan depan.

Setakat ini, kementerian tidak melarang orang ramai untuk membeli atau mengedar pil tersebut yang ini masih berada di pasaran.

Kompleks di atas tapak seluas 5.6 hetktar yang bernilai RM18.5 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada 2011.

Ia bakal menempatkan semua bahagian perkhidmatan kesihatan di Perlis.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Budriah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sumber: BERNAMA 

No comments:

Post a Comment