Friday 30 August 2013

Masih belum ada vaksin untuk virus MERS

Masih belum ada vaksin untuk virus MERS

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memaklumkan masih belum ada vaksin khusus bagi mencegah jangkitan virus 'Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus' (MERS-COV) dan tiada ubat untuk merawat penyakit itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata WHO turut melaporkan dari September 2012 hingga semalam, sebanyak 102 orang disahkan mengidap MERS-COV di seluruh negara yang meliputi 49 kematian.

Justeru, beliau meminta bakal jemaah haji yang dijadual berlepas ke tanah suci supaya mengambil vaksin 'meningococcal' seperti yang disarankan oleh who dan yang digariskan oleh kerajaan Arab Saudi.

Beliau mengulas demikian susulan dari kenyataannya bahawa Lembaga Urusan Tabung Haji sedang berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk memberi suntikan vaksin percuma kepada jemaah haji.

"Jemaah Haji dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mengambil langkah-langkah pencegahan seperti yang disarankan oleh kementerian dan WHO bagi mencegah penyakit itu."

Kementerian telah menambah bilangan makmal untuk melaksanakan ujian pengesahan bagi jangkitan virus itu di 12 buah hospital dan satu makmal kesihatan awam di seluruh negara.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment