Sunday 18 August 2013

Paul Rudd sedia bintangi filem bajet rendah




Dihasilkan dengan bajet yang rendah filem "Prince Avalanche" hanya diuar-uarkan kepada umum selepas tamat penggambaran.

Diarahkan oleh David Gordon Green filem lakonan Paul Rudd dan Emile Hirsch ini merupakan filem bikin semula ‘Either Way’.

Gordon Green sebelum ini terkenal kerana mengarahkan filem ‘Pineapple Exppress’ dan ‘All The Real Girls’.

Rudd turut merasakan filem bertemakan persahabatan itu sesuai diterjemahkan ke pentas teater berdasarkan latar belakang filem tersebut.

‘Prince Avalanche’ berkisar mengenai kisah dua individu yang membantu membersihkan kawasan hutan apabila ia terbakar.

No comments:

Post a Comment