Sunday 18 August 2013

Gisele untuk jenama H&M

Gisele untuk jenama H&M

STOCKHOLM:  Model Brazil Gisele Bundchen muncul dalam kempen fesyen terkini untuk label  fesyen Sweden H & M.

Khabar angin itu mula terserbar apabila Gisele dikesan mengambil gambar di West London tetapi berita ini hanya dapat dipastikan benar apabila kerja hasil kempen fotografi itu dapat dilihat.

Gisele telah meletakkan gambar di akaun Instagram-nya awal  minggu ini, dan kini kempen penuh siri musim sejuk telah diumumkan  dengan menampilkan model Brazil ini, yang juga model yang dibayar harga paling tinggi.

gisele Bündchen

Ini bukan kali pertama Gisele berkerjasama bersama jenama H&M kerana sebelum ini, dia pernah bersama kempen fesyen musim bunga/luruh 2011 bagi syarikat Sweden tersebut.

Menurut  Forbes Magazine, Gisele membawa pulang $45 juta dalam pendapatan kerana mempunyai label mewah seperti Versace, Givenchy dan Pantene di Brazil dalam tangannya.

Selain itu supermodel Belanda Doutzen Kroes dan Beyonce juga telah dipaparkan di dalam kempen H & M tahun ini, di mana satu musik video khas dibuat oleh bintang terkenal sambil mengenakan pakaian renang jenama itu.


Sumber: AFP RELAXNEWS 

No comments:

Post a Comment