Sunday 18 August 2013

Banjir: Pakistan keluarkan amaran peringkat tinggi




KUALA LUMPUR:  Pihak berkuasa Pakistan menggeluarkan amaran peringkat tinggi selepas paras air sungai Ravi dan Chenab meningkat dan melepasi paras bahaya.

Hujan monson dan banjir kilat sebelum ini menyebabkan lebih 200 perkampungan di wilayah berkenaan ditenggelami air.

Berikutan keadaan yang semakin terancam, operasi pemindahan dilakukan.

Di beberapa bahagian lain,  laluan darat terputus selepas ditenggelami air dan menyebabkan mangsa terperangkap.

Sekurang-kurangnya 35 rumah dilapor musnah dalam bencana berkenaan.

Beberapa bahagian lain dijangka akan dilanda termasuk sukkur dan larkana.

Banjir yang melanda sebelum ini, menyebabkan lebih 98 terbunuh manakala 100 ribu penduduk di kawasan berhampiran terjejas.

- Astro Awani 

No comments:

Post a Comment