Monday, 30 September 2013

Laporan palsu kematian Aaron Aziz tersebar di internet

Laporan yang mendakwa pelakon terkenal Aaron Aziz meninggal dunia akitbat kemalangan ketika melakukan aktiviti papan luncur salji kini tersebar luas di internet. Walaupun ramai peminat yang tidak percaya dengan berita ini, ada juga yang tertanya-tanya tentang status pelakon itu.

Menurut laporan laman berlogo ‘Global Associated News’, pelakon kelahiran Singapura itu sedang bercuti bersama ahli keluarganya di Switzerland.

“Menurut saksi, Aaron hilang kawalan papan luncurnya dan melanggar sebatang pokok dengan kelajuan tinggi,” lapor laman portal itu.

Laman Global Associated News terkenal selalu membuat laporan palsu kematian orang ternama. Antara personaliti antarabangsa yang pernah menjadi mangsa mereka adalah Tiger Woods, Nicki Minaj, Jaden Smith, Adam Sandler dan Avril Lavigne.

Berita mengenai tentang kematian hos Fear Factor Selebriti itu tentu sekali mengejutkan peminat-peminat beliau seperti yang mereka luahkan di Twitter.


Untuk meredakan keadaan, isteri Aaron Aziz, Diyana Halik menulis mesej ini di akaun Twitter beliau. Diyana mengharapkan soal isu hidup mati tidak dipermainkan:



Sumber: ASTRO Awani

Insiden bumbung masjid runtuh: Forensik JKR akan segera siasat

Forensik JKR akan segera siasat

Forensik Jabatan Kerja Raya atau JKR akan segera menyiasat insiden bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang runtuh pada awal pagi Ahad selepas mendapat arahan kerajaan negeri.

Pengarah JKR Tererengganu, Datuk Shafii Mohammad berkata, reka bentuk, bahan serta kontraktor pemasangan mendapat kelulusan pihak ibu pejabat.

Katanya, kontraktor terbabit bertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah memandangkan mereka diberi jaminan 10 tahun.

Beliau diminta mengulas kejadian tersebut di mana sebahagian bumbung Masjid Kampung Tebauk yang bernilai hampir RM6 juta yang siap kira-kira dua tahun lalu runtuh.

Ia kejadian ketiga selepas pada 20 Mei lalu yang menyaksikan bumbung hadapan Masjid di Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh.

Lebih awal pada 3 Oktober 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman turut runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.

- ASTRO Awani