Saturday 15 April 2017

WhatsApp Beta Baru Memudahkan Lagi Anda Memformat Teks

WhatsApp sedia menawarkan fungsi memformat teks pada aplikasi mereka – bagi memudahkan lagi pengguna menekankan sesuatu perkara ketika menghantar mesej kepada rakan-rakan atau kenalan. Walaubagaimanapun, proses untuk memformat teks berkenaan tidak begitu mesra pengguna – dan boleh dikatakan sedikit sukar.

Kini, dalam proses memudahkannya, WhatsApp dilihat kini menyertakan menu khusus pada aplikasi mereka dalam memformat teks berkenaan.


Diuji pada WhatsApp Beta, pengguna kini boleh tap pada perkataan, dan melalui menu yang hadir, pengguna boleh memilih format teks seperti Bold, Itallic, dan sebagainya.

Percubaan kami sendiri melalui fungsi ini dilihat ia lebih mesra pengguna, dan mungkin pengguna akan lebih aktif menggunakannya dari hari ke hari berbanding kaedah hari ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

- Sumber: Amanz | Apr 14, 2017

No comments:

Post a Comment