Gambar hiasan
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Gara-gara teringin makan burger keju McDonald, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun sanggup memandu van ayahnya untuk membeli makanan segera itu.
Kanak-kanak dari Ohio itu berkata, dia belajar memandu melalui video yang ditontonya di YouTube, lapor Weirton Daily Times.
Kanak-kanak itu bersama adiknya berusia 4 tahun memandu kira-kira satu setengah kilometer berhenti di lampu isyarat merah sebelum membelok ke restoran makanan segera itu yang terletak di East Palestine di timur Ohio.
Ibu bapa kanak-kanak itu sedang tidur di rumah ketika kejadian. Polis mendapat makluman dari orang ramai yang melihat kanak-kanak itu memandu melalui bandar.
Apabila kanak-kanak itu membuka tingkap di lorong pandu lalu untuk membeli burger, pekerja fikir ianya hanya gurauan.
"Pekerja berkenaan menyangka ibu bapa kanak-kanak itu berada di belakang, namun sebenarnya tidak," kata polis peronda East Palestine, Jacok Koehler.
Apabila polis tiba di lkasi, kanak-kanak itu menangis kerana tidak menyangka mereka telah melakukan kesalahan.
Polis menghubungi datuk dan nenek kanak-kanak itu untuk mengambil mereka di balai polis.
Kanak-kanak itu dibawa pulang oleh ibu bapa mereka dan tiada pertuduhan difailkan.
- AFP | 15 April 2017
No comments:
Post a Comment