Friday 15 January 2016

Pusat servis Suzuki bertukar wajah… menjadi Proton Edar



Kesan-kesan pertama hasil daripada perjanjian MOU antara Proton dan Suzukiyang ditandatangani pada June 2015 sudah terlaksana – 29 kemudahan 4S dan 3S Suzuki Malaysia Automobile (SMA) akan mula beroperasi di bawah nama Proton Edar.

Dalam majlis yang berlangsung siang tadi, 25 pusat 3S dan empat pusat 4S tersebut akan membawa logo-logo Proton dan Suzuki. Ini kerana selain daripada mempunyai peranan sebagai bilik pameran/pusat servis Proton Edar, ia akan terus memberi khidmat kepada 48,000 pemilik Suzuki sedia ada.


Serentak dengan itu, ini turut bermakna bahawa penjualan kenderaan penumpang Suzuki sudah dihentikan.

“Pemilik kereta Suzuki sedia ada boleh menarik nafas lega kerana keperluan servis lepas jualan dan waranti bersama alat-alat ganti tulen Suzuki akan berterusan. Mereka (pemilik-pemilik) boleh tetap menghantar kereta mereka ke pusat-pusat servis ini yang terletak di seluruh negara,” ujar Masashi Fukuda, pengarah urusan SMA yang hadir pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis ini adalah pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamed dan Dato’ Abdul Harith Abdullah, ketua pegawai eksekutif Proton.


Penambahan 29 bilik pameran/pusat servis ini menambah kepada sekitar 160 buah kemudahan Proton Edar yang ada sekarang.
- Sumber: Astro Publication 

No comments:

Post a Comment