Friday 15 January 2016

Imej bertudung Sara Ali jadi tanda-tanya


Pelakon, Sara Ali, berkongsi imej terbaharunya yang berhijab sebagai pembuka tirai tahun 2016.

Sara atau nama sebenarnya Siti Sara Hairi Ali, 25, dilihat manis bertudung namun masih mengekalkan perwatakan bersahaja, seperti yang dapat dilihat menerusi gambar dimuat naik olehnya sebentar tadi di akaun Instagram milik beliau.

Beliau bagaimanapun tidak membuat apa-apa pengesahan berhubung penghijrahannya itu apabila tiada sebarang keterangan mengiringi tiga gambar yang dimuat naik sejak seminggu lalu.

Namun, perubahan bintang Aku Histeria itu mendapat komen positif dan sokongan padu daripada peminatnya. 

Rata-rata memuji imej baharu Sara dan berharap supaya beliau istiqamah dalam penghijrahannya.

SARA Ali berkongsi imej terbaharunya yang berhijab sebagai pembuka tirai tahun 2016. - Foto Instagram

- Sumber: BH Online 

No comments:

Post a Comment