Saturday 2 January 2016

Isteri serang, tendang suami kerana asyik kentut

Selain menendang, Dawn juga dilaporkan menyembur muka Donald dengan penyembur lada.- Foto/YouTube TomoNewsUs

AMERIKA SYARIKAT: Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat ditahan selepas dilaporkan menyerang suaminya kerana terlalu kerap kentut.

Dawn Meikle, 55 tahun, ditahan selepas suaminya, Donald, bertindak melaporkan perkara itu kepada polis.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.30 pagi awal Disember lalu, Dawn dikatakan terbangun dari tidur dan menyiku Donald beberapa kali selepas mendengar suaminya itu kentut.

Namun, apabila Donald terus melepaskan kentut untuk beberapa kali lagi, Dawn hilang sabar dan menendang jatuh suaminya dari katil.

Portal berita firstcoastnews.com melaporkan, Donald kemudiannya terpaksa memegang isterinya untuk mengelakkan dia daripada terus diserang.

Dawn juga dilaporkan telah menyembur muka Donald dengan penyembur lada.

Wanita itu sudah dibebaskan dengan ikat jamin namun akan didakwa atas tuduhan menyerang dan berkelakuan ganas.

- Sumber: Astro Awani | Disember 25, 2015

No comments:

Post a Comment