Thursday 16 July 2015

Ibu tak sanggup pecah cermin kereta mewahnya untuk selamatkan anak

Pihak bomba akhirnya bertindak untuk memecahkan cermin kereta wanita tersebut untuk selamatkan anaknya.

SEORANG wanita di China menerima kritikan hebat di media sosial apabila dia enggan memecahkan tingkap kereta BMW miliknya untuk menyelamatkan anak lelakinya yang terperangkap dalam kereta tersebut.

Menurut laporan media tempatan China, CCTV, kejadian itu berlaku di bandar Yiwu di wilayah Zhejiang pada Sabtu lepas.

Difahamkan, ramai orang mula mengelilingi kereta BMW tersebut selepas mendengar tangisan seorang kanak-kanak, tetapi terkejut untuk melihat ibunya yang berdiri di luar kereta tanpa mempedulikan jeritan anaknya.

Apabila budak berusia tiga tahun itu kelihatan semakin lemah, anggota bomba hendak memecahkan tingkap kereta itu untuk menyelamatkan mangsa tetapi perbuatan itu dihalang oleh ibunya.

Seorang saksi berkata, ibu mangsa bertegas mereka harus menunggu tukang kunci untuk membuka pintu kereta kerana dia tidak mahu merosakkan keretanya.

Anggota bomba bagaimanapun abaikan kedegilan wanita tersebut dan bertindak memecahkan tingkap kereta tersebut untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

Mujur kanak-kanar itu masih berada dalam keadaan baik.

"Ia sangat berbahaya untuk tinggalkan kanak-kanak dalam kereta, terutamanya pada musim panas sebegini. Suhu dalam kereta boleh meningkat dalam masa yang singkat dan boleh mengancam kanak-kanak," seorang ahli bomba dipetik berkata.

Insiden tersebut telah mencetuskan kemarahan orang ramai dan media sosial menjadi alat luahan kritikan mereka.

- Sumber: CCTV via A/Awani

No comments:

Post a Comment