Thursday 16 July 2015

Lester Melanyi tidak pernah menulis untuk kami - Sarawak Report

Portal tersebut juga menafikan dakwaan bahawa Lester Melanyi memalsukan laporan tersebut untuk mereka.m
KUALA LUMPUR: Video pengakuan seorang individu yang mendakwa terlibat secara langsung dengan Sarawak Report dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disanggah portal tersebut.

Menurut portal tersebut, cubaan untuk mempersoalkan kredibiliti laporan mereka dilihat sebagai langkah terdesak.

Selain itu, portal tersebut juga menafikan dakwaan bahawa Lester Melanyi memalsukan laporan tersebut untuk mereka.

"Lester Melanyi tidak pernah menulis untuk Sarawak Report. Kami terkejut bahawa dakwaan ini ditimbulkan," kata portal tersebut.

Semalam, Pengarah‎ Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan penglibatan beberapa pemimpin pembangkang dalam sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam memalsukan fakta di dalam laporan portal Sarawak Report.

"Pengadu tersebut mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa wujud niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan misi yang digelar 'Mission to criminalize Datuk Seri Najib Razak dan 1MDB'," Abdul Rahman memberitahu pemberita semasa satu sidang media semalam.

"Jika niat ini benar, ianya adalah satu perbuatan dahsyat dan bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan," kata Abdul Rahman lagi.

Sebelum ini, negara digemparkan dengan laporan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai penemuan oleh penyiasat Malaysia yang kononnya telah mengesan hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) didepositkan ke dalam apa yang mereka percaya sebagai akaun bank peribadi Najib.

Laporan itu berdasarkan dokumen-dokumen daripada siasatan kerajaan yang diperoleh akhbar itu dan laman web Sarawak Report. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment