Wednesday 8 July 2015

Siapa yang malukan negara sebenarnya, soal Tun M


1. SAYA dicela oleh Anifah Aman, Menteri Luar kerana memalukan negara dengan ditemubual oleh akhbar Amerika 'The New York Times'.

2. Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan Perdana Menteri Najib. Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Datuk Seri Najib, Jho Low dan 1MDB. 

Ini disebabkan akhbar terkenal Wasington, New York dan London telah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah 'The Wolf of Wall Street'.

3. Sebuah kajian oleh pakar Barat mendakwa bahawa Malaysia adalah satu dari sepuluh buah negara yang mempunyai tahap rasuah yang tertinggi didunia.

4. Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya.

5. Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Datuk Seri Najib.

6. Jika Anifah tahu malu, diwaktu akhbar-akhbar ini buat laporan dia sepatutnya sudah berasa malu. Dia sepatutnya menyoal Datuk Seri Najib akan skandal berkenaan dan laporan akhbar asing. Dia sepatutnya menasihat Dato Seri Najib supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya dari berlagak sebagai hartawan kaya.

7. Di negara lain skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan.

8. Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Datuk Seri Najib dengan 1MDBnya. Sebelum ini negara tidak pernah dicemuh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment