Monday 6 April 2015

Siti Elizad sah sudah bernikah 11 Januari

PELAKON, Siti Elizad.

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Elizad akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan teman lelakinya, Shamsul Baharin Rahman, seorang duda anak dua secara rahsia pada 11 Januari lalu atas permintaan bapanya.

Elizad akhirnya membuka mulut bercerita hal sebenar kepada Harian Metro setelah berdolak dalik serta menipu pihak media dengan kenyataannya sebelum ini.

"Saya terpaksa mendiamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecoh-kecohkan kerana dia kurang sihat. Ketika itu, kami hanya buat perkara wajib saja.

"Saya mengaku telah berkahwin dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat saja," kata Elizad kepada Harian Metro.

Pelakon berusia 31 tahun itu memohon maaf kerana merahsiakan perkahwinannya atas permintaan keluarga.

Ternyata Elizad terlalu berdolak dalik dalam hal perkahwinannya hingga sanggup 'menipu' mengatakan yang dirinya akan bernikah pada 11 April ini.

Pengakuan itu didedahkan pelakon drama Teman lelaki Upahan siaran TV3 kepada BH Online bertarikh 2 April lalu selepas dua kali majlis pernikahan tertunda.

- Sumber: BH Online | 6 April, 2015

No comments:

Post a Comment