Monday 6 April 2015

Doktor, ahli perniagaan pun ada sertai IS

Gambar hiasan

SHAH ALAM - Penyebaran ideologi IS tidak mengira latar belakang pendidikan mahupun pekerjaan susulan penggunaan laman sosial secara meluas sebagai medium untuk merekrut anggota baharu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, isu berpendidikan atau tidak juga tidak timbul kerana hasil siasatan setakat ini menunjukkan bahawa rakyat negara ini yang terlibat IS datang dari pelbagai latar belakang.

“Isunya juga bukan yang berpendidikan atau tidak sebab mereka ini daripada pelbagai latar belakang.

“Sebab medium yang digunakan itu untuk menyebarkan ideologi mereka ialah media sosial jadi, capaiannya luas. Itu yang hasil rekrut datang daripada pelbagai,” katanya kepada Sinar Online.

Mengikut rekod, polis telah menangkap 75 anggota IS di negara ini dan ditempatkan di lima penjara berbeza bagi mengelakkan mereka mempengaruhi banduan lain atau pegawai penjara yang bertugas.

Malah katanya, dakwaan sekolah pondok sebagai medium penyebaran juga kurang tepat .

“IS ini bukan macam JI dan sebagainya dulu...tidak. Ini bukan soal sekolah pondok ke tidak. Sebab kami lihat latar belakang anggota IS yang kita tahan...yang pergi sana (Syria) ini pelbagai (latar belakang).

“Yang dari sekolah pondok ini boleh dikira dengan jari. Doktor, pelajar universiti, ahli perniagaan, bekerja sendiri, pekerja swasta pun ada. Ia tidak ada satu profil yang spesifik,” katanya.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment