LANGKAWI: Juruterbang wanita China yang menjadi viral di laman sosial sebelum Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2015 akhirnya muncul di khalayak ramai.
Pada satu sesi ringkas petang tadi, juruterbang wanita itu dibawa ke Dewan Pameran LIMA untuk bertemu dengan orang ramai .
Pada sesi tersebut, orang ramai berkesempatan bergambar dan mendapatkan autograf daripada juruterbang berkenaan.
Hanya tiga daripada empat juruterbang wanita itu yang tampil iaitu Yu Xi, Tao Jia dan Sheng Yi Fei kerana seorang lagi rakan mereka terpaksa menjalani latihan untuk persembahan hari berikutnya.
Empat juruterbang pesawat tempur wanita China tersebut menarik perhatian ramai di laman sosial baru-baru ini kerana gaya penampilan dan juga kewibawaan mereka.
Lebih mengujakan, empat wanita jelita tersebut akan akan mengendalikan pesawat tempur J-10 pada persembahan penutup LIMA pada edisi kali ini.
Yu Xu, Tao Jiali, Sheng Yi Fei dan He Xioli adalah wanita China pertama yang akan beraksi dalam persembahan udara antarabangsa.
Mereka mempunyai purata lebih 800 jam penerbangan dan pernah penyertai perarakan ketenteraan berprofil tinggi sempena ulang tahun pengasasan republik China yang ke-60 pada tahun 2009.
Mereka juga pernah menyertai pertunjukan pada Pameran Penerbangan Antarabangsa di Guangdong, China pada November lalu.
- Sumber: Astro Awani
No comments:
Post a Comment