Wednesday 18 March 2015

PM dicabar saman Jho Low, media antarabangsa

  • Rafizi
  • Rafizi

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa yang menyiarkan pengakuan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low didakwa sebagai kenalan rapat keluarga perdana menteri itu.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli menegaskan jika laporan akhbar di Hong Kong dan New York itu berunsur fitnah, Najib sepatutnya menyaman segera syarikat penerbitan itu yang didakwa cuba menjejaskan nama baik perdana menteri sekeluarga.

“Kalau betul itu fitnah dan ia satu pembohongan oleh akhbar Hong Kong dan New York, maka PM wajib saman mereka sekarang juga. Saya pun PM tidak berani saman.

“Dia (Jho Low) juga sebut kenalan kepada anak tiri perdana menteri, iaitu anak sulong Datuk Seri Rosmah Mansor malah dia terlibat dalam menerbitkan filem Hollywood,” katanya pada Wacana Sinar Harian yang bertajuk ‘Apa di sebalik 1MDB’ di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan Jho Low didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB melalui urus niaga bersama syarikat itu dan PetroSaudi International pada 2009.

Laporan portal itu turut mendedahkan bayaran balik hutang syarikat usaha sama 1MDB-PetroSaudi sebanyak AS$700 juta kepada PetroSaudi pada 2009 didakwa bagi mengaburi mata, sedangkan dana itu disalurkan kepada sebuah syarikat yang dimiliki Low.

Antara skandal 1MDB yang dilaporkan termasuk dakwaan memfitnah Najib dan anak tirinya, Riza Aziz dalam 1MDB melalui sebuah artikel berjudul ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’

Ini termasuk dakwaan setiausaha agung PKR itu pada September tahun lepas yang mengatakan hutang 1MDB kini dilaporkan melebihi RM30 bilion dan ia terletak di bawah tanggungjawab kerajaan.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Audit Negara telah pun memulakan proses pengauditan terhadap 1MDB sebaik menerima arahan daripada Najib, awal Mac lalu.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment