Saturday 24 January 2015

Padan muka! Pencuri ditahan selepas selfie dengan iPad curi

Dua lelaki yang mencuri iPad ditahan selepas bergambar selfie dengan menggunakan tablet tersebut.

HOUSTON - TEXAS. Dua lelaki yang mencuri sebuah iPad akhirnya ditangkap dan ditahan pihak berkuasa selepas bergambar selfie dengan menggunakan tablet tersebut.

Menerusi laporan yang dipetik di portal berita Metro.co.uk, mangsa kehilangan tablet tersebut, wang tunai dan pelbagai barangan elektronik lain pada 8 Januari lalu apabila traknya di ceroboh dan dicuri oleh dua lelaki tersebut.

Bagaimanapun menurut mangsa, dia terkejut melihat gambar kedua pencuri itu memegang wang tunai Dollar tersenyum ke arah kamera sebaik sahaja mendaftar masuk ke akaun iCloudnya.

Beberapa barangan lain dibuang oleh pencuri di belakang sebuah kafe, kata pihak berkuasa.

“Mangsa percaya iPadnya disambungkan ke Wi-Fi milik kafe itu dan gambar yang diambil itu dimasukkan ke akaun iCloudnya secara tidak sengaja.

“Selepas gambar tersebut menjadi viral, kedua pencuri tersebut dikenalpasti oleh pihak berkuasa dan ditahan pada Rabu lalu,” katanya seperti yang dipetik menerusi petikan berita tersebut.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment