Saturday 24 January 2015

Setiausaha Agung MIC, Kumar Aamaan setuju akhiri mogok lapar



Datuk Seri G. Palanivel meminta meminta Kumar Aamaan menghentikan tindakan mogok lapar demi imej MIC dan Barisan Nasional (BN). Foto fail

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung MIC, Datuk G Kumar Aamaan yang mengadakan mogok lapar sejak Khamis, bersetuju menghentikan tindakan tersebut setelah diminta berbuat demikian oleh Presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Palanivel memberitahu, beliau telah meminta Kumar Aamaan menghentikannya demi imej MIC dan Barisan Nasional (BN).

"Meskipun ianya keputusan peribadi beliau, saya telah pun memintanya untuk mengakhiri mogok lapar tersebut demi imej MIC dan Barisan Nasional," katanya.

Menurut Palanivel, beliau sedang menangani isu berkenaan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan juga kesahihan Kumar sebagai Setiausaha Agung parti.

"Saya telah pun berbincang dengan beliau, dan saya berasa lega Datuk Kumar Aamaan bersetuju dengan permintaan saya untuk mengakhiri mohok lapar itu," katanya lagi.

Mogok lapar tersebut bermula pada Khamis dengan tuntutan agar Ketua Pengarah dan juga pegawai penyiasat pemilihan MIC ditukarkan berikutan kemelut yang melanda parti politik berasaskan kaum India yang terbesar dan paling tua di Malaysia itu.

Kumar Aamaan melakukan tindakan mogok lapar setelah tidak dapat bertemu dengan wakil daripada ROS.

Sehingga pagi hari ini (Jumaat), beliau masih meneruskan tindakannya itu. 

Antara tujuan beliau ke ROS adalah untuk memberi penjelasan dan juga surat pelantikan Setiausaha Agung MIC oleh Palanivel.

Kumar Aamaan yang bertemu dengan pemberita di luar ibu pejabat ROS bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung ROS. 

- Sumber: Astro Awani 

No comments:

Post a Comment