Friday 20 November 2015

BMW 118i Sport mula dijual – RM188,800



BMW Malaysia sudah memperkenalkan model 118i Sport terbaharu yang sekarang dipasang dengan teknologi EfficientDynamics , ConnectedDrive, ciri-ciri keselamatan dan bantuan pemandu yang terkini.

BMW 118i Sport sekarang dipacu dengan pemenang anugerah ‘Engine of the Year’ bagi 2015; unit TwinPower turbo 1.5-liter daripada 3-silinder ini menghasilkan 136hp dan tork sebanyak 220Nm.


Pecutan 0-100km/j mengambil masa 8.7 saat manakala anggaran kadar penggunaan bahan api adalah 5.1 liter bagi setiap 100km. Enjin yang sama juga digunakan di dalam model i8.

Kuasa disalurkarkan keluar melalui kotak gear automatik 8-kelajuan kepada roda belakang.


Dengan harga RM188,800 (atas jalan, tanpa insurans), BMW 118i Sport ini adalah model paling murah yang dijual BMW Malaysia, tetapi selain daripada menggunakan enjin yang juga dipasang pada kereta sport i8, ia juga mempunyai senarai kelengkapan yang panjang.

Yang wajar ditekankan adalah ‘Intelligent Emergency Call’ sepertimana yang juga dilengkapkan pada BMW 3 Series dikemaskini yang juga baharu dilancarkan (baca laporan kami, dan maklumat mengenai Intelligent Emergency Call’ di sini).

Fungsi Teleservices dan Remote Servicesjuga adalah standard. Kesemua fungsi-fungsi ini dicapai melalui talian (telefon) menerusi kad sim yang dipasang di dalam kenderaan.

Pembeli boleh memilih diantara lima warna – hitam, kelabu, biru, putih dan merah (seperti yang dilihat di sini). Bagi yang berminat boleh melihat sendiri 118i Sport baharu ini di semua bilik pameran pengedar sah BMW di seluruh Malaysia bermula 25 November kelak 2015. 

- Sumber: Astro Publication 

No comments:

Post a Comment