Tuesday, 18 August 2015

Tanah runtuh: Tujuh lagi mayat ditemui

Anggota penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa di bawah timbunan tanah runtuh di Shaanxi, China. - Foto AFP 

BEIJING - CHINA. Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 55 yang lain dilaporkan masih hilang sejak lebih empat hari lalu selepas tanah runtuh melanda sebuah syarikat perlombongan di barat laut China, menurut laporan agensi berita Xinhua.

Kelmarin, tujuh mayat ditemui di bawah sisa serpihan asrama pekerja di Shayang, dekat wilayah utara Shaanxi.

"Operasi menyelamat giat dijalankan sejak kejadian Rabu lalu yang memusnahkan tempat kediaman pekerja syarikat berkenaan," menurut laporan agensi berita itu memetik pegawai penyelamat sebagai berkata.

Katanya lagi, pihaknya juga menghadapi kesukaran dalam usaha mencari berikutan lumpur yang tebal dan runtuhan serta risiko berlakunya tanah runtuh kedua.

Difahamkan, pengendali lombong dikenali sebagai Wuzhou di mana syarikat induknya merupakan pengeluar utama vanadium, sejenis unsur kimia. 

- Sumber: AFP | 18 Ogos 2015

No comments:

Post a Comment