Tuesday 18 August 2015

Proton Saga ‘Plus’ gantikan varian SV



Proton memperkenalkan satu lagi varian tambahan untuk sedan Saga popular mereka, dikenali sebagai Saga Plus. Kuasa enjin masih lagi dihasilkan oleh unit Campro IAFM 1.3-liter, dan pembeli boleh memilih kotak gear manual atau CVT.

Saga Plus ini menggantikan Saga SV serta datang dengan lima pembaharuan visual baharu iaitu aloi 14 inci, body kit penuh, kemasan berwarna sepadan dengan kereta, spoiler, dan lencana ‘Plus’ di belakang kereta tersebut.

Serentak dengan ini, Proton juga akan berhenti menjual varian-varian Executive dan SE.



Pendek kata, ia memberi lebih nilai kepada pembeli – ciri-ciri varian Saga Executive tetapi tetap pada sekitar harga Saga SV.

Saga Plus ini dijual bermula pada harga RM33,242 sehingga RM36,576, dan sudahpun muncul di bilik-bilik pameran Proton di seluruh negara.

Sehingga kini, Proton Saga masih lagi model yang paling laris oleh syarikat automotif nasional ini dengan sebanyak 1.6 juta unit terjual. Sekarang Proton mendakwa bahawa mereka masih menjual sehingga 3,000 unit setiap bulan.

- Sumber: Astro Publication 

No comments:

Post a Comment