Monday 10 August 2015

KJ gesa sidang Parlimen khas

Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa sidang khas Parlimen diadakan bagi melantik pengerusi baru Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dengan segera.

Katanya yang dipetik laporan Malaysiakini, ini kerana jawatankuasa itu sedang menjalankan siasatan 1MDB yang menjadi isu besar kepada negara kini.

“Kalau boleh kita segerakan pembentukan semula jawatankuasa kira-kira wang negara sebab ini, bukan hanya pembentukan PAC tetapi jawatankuasa itu kini sedang berdepan dengan isu yang besar dan tidak boleh dilengahkan lagi," katanya dalam sidang media selepas meraikan majlis rumah terbuka Kementerian Beliau dan Sukan di Bukit Jalil.

- Sumber: Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment